Monday, 23 May 2011

Pejabat Ketua Hakim Negara nafi Tun Zaki jatuh di Hospital Putrajaya
23/05/2011 3:36pm

KUALA LUMPUR 23 Mei - Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman hari ini menafikan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Yasmin Abdul Razak dalam kenyataan akhbarnya petang ini, Ketua Hakim Negara hadir ke Hospital Putrajaya pada pagi ini untuk pemeriksaan kesihatan dan kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Utusan

Sunday, 22 May 2011

Kelantan Sekadar Seri

Pasukan Kelantan hanya sekadar seri 2-2 dengan Harimau Muda A dalam perlawanan bola sepak liga super semalam. dengan yang demikian kedudukan Kelantan masih lagi berada ditangga pertama liga, namun diekori rapat oleh pasukan Terengganu yang menang dalam perlawanan semalam. Dengan kemenangan tersebut pasukan Terengganu melonjak ke tangga ke dua merampas kedudukan Selangor yang turun ke tempat ketiga setelah tewas semalam.

Friday, 20 May 2011

Sabarlah cikgu

Guru 'tercicir' diminta sabar
 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.
"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.
"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.
"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.
Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.
Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.
"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.
"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya.

Thursday, 19 May 2011

Pensyarah Kolej Matrikulasi

Kekosongan jawatan pensyarah kolej Matrikulasi seleruh Malaysia bidang matapelajaran Fizik, Kejuruteraan dan Sains Komputer, maklimat lanjut sila layarai laman sesawang KPM- Pemberitahuan.

Tuesday, 17 May 2011

PONTENG SIFAR

PROGRAM SIFAR PONTENG
SMK TUMPAT 2011

1.0 Pengenalan
Program sifar ponteng merupakan salah satu program anjuran unit HEM dengan kerjasama unit Disiplin. Secara dasarnya program ini merupakan program tahunan sekolah dan diadakan sepanjang tahun persekolahan.
2.0 Objektif dan matlamat

Program ini mempunyai objektif dan matlamat tersendiri iaitu :
2.1 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
2.2 Mempertingkatkan kesedaran pelajar akan kepentingan pendidikan
2.3 Mendidik pelajar untuk menghargai masa persekolahan.
2.4 Menyemai nilai murni dikalangan pelajar
2.5 Meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan kehadiran ke sekolah.
3.0 Rasional

Sejajar dengan misi dan visi sekolah untuk menjanakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insane minda kelas pertama dan SMK Tumpat Cemerlang, adalah diharapkan dengan adanya program ini pelajar SMK Tumpat dapat meningkatkan tahap peningkatan kehadiran pelajar ke sekolah.
4.0 Cadangan aktiviti
Antara cadangan aktiviti adalah :
a) Tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir ke sekolah pada setiap pagi , diketuai oleh PK HEM dan Ketua Jawatankuasa Unit Kehadiran Ponteng.
b) Anugerah kepada kelas yang mencatatkan peratus kehadiran yang tertinggi sehingga bulan April.
c) Anugerah kepada individu yang mencatatkan peratus kehadiran yang tertinggi sehingga bulan April
d) Memanggil ibu bapa / penjaga pelajar yang menunjukkan peratus kehadiran yang rendah dan kerap ponteng
e) Merujuk kepada kaunseling pelajar yang dikenalpasti kerap ponteng sekolah.





SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUMPAT
KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH KELABORAN
16200 TUMPAT, KELANTAN


PROGRAM
SIFAR PONTENG



ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL PELAJAR

Kenaikan Pangkat Guru

http://www.beritaharian%20onlie/

Monday, 16 May 2011

Kelantan Layak ke Perlawanan Akhir

Pasukan Kelantan tekah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat kali kedua walaupun terikat dengan jaringan 1 - 1 dan agrigat 6 - 2. yang akan menentang pasukan negeri Terangganu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain kelantan yang telah menunjukkan satu permaian yang berkualiti. Walaupun sebenarnya pasukan Kelantan mempunyai banyak peluang untuk menjarigkan gol terutamanya dalam separyh masa pertama. Terima kasih diucapkan penyokong-penyokong fenatik yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Perlawanan pada malam ini turut disaksikan oleh Tengku Mahkota Kelantan .

Sunday, 15 May 2011

Lawatan Penanda Aras

Pada 25 April yang seramai 9 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu SMK Tumpat telah melakukan lawatan penanda aras ke SMK Sungai Pinang. Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk mendapatkan input bagi digunapakai di SMK Tumpat yang akan memasuki pertandingan Juara Bengkel ERT pada tahun ini. Diharapkan dengan adanya lawatan ini, sedikit sebanyak telah dapat memberi gambaran yang jelas bagaimana untuk membuat persediaan bagi mengahadapi pertandingan ini. Manakala pada 26 April pula, telah diadakan lawatan penanda aras ke SMK Jeram, Pasir Puteh yang telah menjuarai Anugerah Bengkel Perdana bagi pilihan Kemahiran Teknikal. Dalam lawatan tersebut telah banyak input yang diperolehi yang boleh diaplikasikan di Bengkel Kemahiran Teknikal. Pertandingan ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada seleruh warga SMK Tumpat, inilah resepi kejayaan yang dapat dikongsi bersama dalam kedua-dua lawatan penanda aras tersebut.

Selamat Menyambut Hari Guru

Selamat menyambut hari guru kepada semua warga pendidik di seluruh negara " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, sama-samalh kita menjayakannya.

Saturday, 14 May 2011

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 Mei dipilih sebagai hari bersejarah untuk kita semua memperingati dan meghargai sumbangan guru terutama dalam mendidik dan menjana transformasi pendidikan bagi membina negara bangsa. Sesungguhnya seorang guru adalah insan yang sangat mulia kerna mereka diamanhkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Dalam menjana trasformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualitidi dunia juga di akhirat. Mereka berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan halatuju sebuah negara maju , aman dan dihormati.
Dalam merealisasikan harapan tinggi itu, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan halangan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari dengan kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.Walaubagaimanapun kejayaan dan keberkesanan sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya.
Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu kearah kecemerlangan pendidikan.Bagi mencapai hasrat tersebut,terutama kepada ilmu pengetahuan berbentuk fardu ain dan fardu kifayah diperlukan demi memenuhi tuntutan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Rakaman ucapan Penghargaan terima kasih

Assalamualaikum. Mesyuarat Agung PIBG SMK Tumpat telah berlangsung dengan jayanya. Saya selaku setiausaha PIBG SMK Tumpat merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK Pengelola Mesyuarat Agung yang telah menjalankan tugas dengan jayanya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segala jasa yang telag disumbangkan. Sekali terima kasih kepada SEMUA AJK Pengelola Mesyauarat Agung PIBG Kali ke 34.

Mesyuarat Agung PIBG SMK Tumpat

Assalamulaikum.... Mesyuarat Agung PIBG SMK Tumpat kali ke 34 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 14 Mei 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Noor Zahidi B Hj Omar ADUN Pengkalan Kubur, Merangkap Ketua UMNO Bahagian Tumpat, pukul 2.30 petang. Kehadiran ke mesyuarat pada kali amat membanggakan iaitu lebih kurang 852 orang ibu bapa telah hadir. Mesyuarat Agung kali ini telah berlangsung dengan baik dan lancar, tahniha dan syabas diucapkan kepada semua AJK dan semua pihak yang telah menjayakannya.