PROGRAM SIFAR PONTENG
SMK TUMPAT 2011
1.0 Pengenalan
Program sifar ponteng merupakan salah satu program anjuran unit HEM dengan kerjasama unit Disiplin. Secara dasarnya program ini merupakan program tahunan sekolah dan diadakan sepanjang tahun persekolahan.
2.0 Objektif dan matlamat
Program ini mempunyai objektif dan matlamat tersendiri iaitu :
2.1 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
2.2 Mempertingkatkan kesedaran pelajar akan kepentingan pendidikan
2.3 Mendidik pelajar untuk menghargai masa persekolahan.
2.4 Menyemai nilai murni dikalangan pelajar
2.5 Meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan kehadiran ke sekolah.
3.0 Rasional
Sejajar dengan misi dan visi sekolah untuk menjanakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insane minda kelas pertama dan SMK Tumpat Cemerlang, adalah diharapkan dengan adanya program ini pelajar SMK Tumpat dapat meningkatkan tahap peningkatan kehadiran pelajar ke sekolah.
4.0 Cadangan aktiviti
Antara cadangan aktiviti adalah :
a) Tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir ke sekolah pada setiap pagi , diketuai oleh PK HEM dan Ketua Jawatankuasa Unit Kehadiran Ponteng.
b) Anugerah kepada kelas yang mencatatkan peratus kehadiran yang tertinggi sehingga bulan April.
c) Anugerah kepada individu yang mencatatkan peratus kehadiran yang tertinggi sehingga bulan April
d) Memanggil ibu bapa / penjaga pelajar yang menunjukkan peratus kehadiran yang rendah dan kerap ponteng
e) Merujuk kepada kaunseling pelajar yang dikenalpasti kerap ponteng sekolah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUMPAT
KOMPLEKS SEKOLAH-SEKOLAH KELABORAN
16200 TUMPAT, KELANTAN
PROGRAM
SIFAR PONTENG
ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL PELAJAR
No comments:
Post a Comment