Saturday, 14 May 2011

Selamat Hari Guru

Tanggal 16 Mei dipilih sebagai hari bersejarah untuk kita semua memperingati dan meghargai sumbangan guru terutama dalam mendidik dan menjana transformasi pendidikan bagi membina negara bangsa. Sesungguhnya seorang guru adalah insan yang sangat mulia kerna mereka diamanhkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat. Dalam menjana trasformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualitidi dunia juga di akhirat. Mereka berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan halatuju sebuah negara maju , aman dan dihormati.
Dalam merealisasikan harapan tinggi itu, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan halangan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari dengan kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.Walaubagaimanapun kejayaan dan keberkesanan sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya.
Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu kearah kecemerlangan pendidikan.Bagi mencapai hasrat tersebut,terutama kepada ilmu pengetahuan berbentuk fardu ain dan fardu kifayah diperlukan demi memenuhi tuntutan kesejahteraan dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment