Monday, 23 May 2011

Pejabat Ketua Hakim Negara nafi Tun Zaki jatuh di Hospital Putrajaya
23/05/2011 3:36pm

KUALA LUMPUR 23 Mei - Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman hari ini menafikan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi telah jatuh sewaktu berada di Hospital Putrajaya.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam, Yasmin Abdul Razak dalam kenyataan akhbarnya petang ini, Ketua Hakim Negara hadir ke Hospital Putrajaya pada pagi ini untuk pemeriksaan kesihatan dan kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan lanjut. - Utusan

No comments:

Post a Comment